Thursday, January 27, 2011

okay ini segan

sedang aku buka mata dengan penuh dramatik dan merasakan diri macam orang paling kacak kat malaysia.taktahu lah kenapa aku dapat merasakan aku seperti lelaki kacak terakhir di dunia.wanita2 serta gadis2 mantap mengerumuni aku.aneh aku tak lah handsome sangat tapi sangat kacak dan mempunyai pakej cute.

sekali lagi aku cuba mencari punca kenapa aku seorang sahaja jejaka yang ada ketika ini.aku mencari cari punca semampu boleh dan cuba memberanikan diri memusingkan badan 360 darjah.

tiba2 ada seorang laki-laki yang segak bergaya cuba menarik perhatian aku dan memandang sinis kearah ku sambil matanya dari jauh dan cuba berinteraksi serta agak menggairahkan.dalam hati "apa lagi yang datang ni hadoi ganggu saje.

kemudian laki macho datang dan terus menyentap,sentap dan aku tersentap kerana laki macho itu berkata begini "dah nak tukar jantina ke adik"?
"susah2 jadi kacak2 tapi masuk GERABAK WANITA..SENTAP MAK!!!!!
rupanya coch yang disediakan untuk wanita sahaja=.=

ini puncanya aku merasa macam aku sahaja laki didunia ini.
opie opie lain kali fokus betul2 jangan nak khayal.kan dah parah!!
baru nak berangan jadi laki2 terakhir yang tinggal didunia ini.
HAI BERANGAN SAJE LA~

yang benar
DIRI SENDIRI

mengharap keajaiban

merenung hanpir beberapa bulan apa pun tak kesampaian.yang ditunggu tak kemana yang dicari hilang.apa mereka sekadar mencari hati aku yang hilang untuk diuji sekali lagi?

terkerut-kerut dahi melihat keadaan aku sendiri di cermin sambil memicit jerawat yang setahun jagung bertapak subur didahi ku.

serius saya cakap saya bosan,mahu hidup tenang dengan orang yang boleh sentiasa boleh bagi dorongan sepanjang masa.memberi ketenangan sepanjang jiwa.tempat melepaskan bill air yang ada.ehh err err okay lupakan yang tadi.apa yang penting aku memerlukan seseorang yang persis macam dia untuk membuka akaun cinta aku.

jangan silap,aku tak cari persis keseluruhan macam dia cukup sekadar bersifat terbuka dan jujur seperti beberapa tahun kenal.

tulus dari hati

DIRI SENDIRI

Tuesday, January 25, 2011

dah ending dah

chapter 1:

bukan kata penutup cuma perlukan masa untuk bersendirian.aku keletihan serta penat menunggu seorang insan yang paling aku cinta selepas ibu bapa ku sendiri.

Maaf lah pembuka bicara yang agak menyedihkan.itulah aku ya sememangnya seorang yang cukup bodoh bercinta dengan seorang insan yang tidak memerlukan seorang lelaki yang tulus dan setia.walaupun aku hilang dimata dia,tetapi aku tidak pernah sesaat pun terlepas untuk menyebut namanya.

ini bukannya cerita fiksyen ataupun sandiwara dunia semata2.alangkah indahnya jika dunia ini tidak sekejam yang disangka.
err cakap merepek pun takguna.

tiada apa yang perlu dibahaskan lagi sebenarnya.kata2 ku sebenarnya penguat diri sendiri daripada menyebut nama seorang insan yang aku cintai.NIK NURUL AFIFA NIK NURUL AFIFA NIK NURUL AFIFA

jujur aku katakan meskipun kau terlalu angkuh mencari kebahagiaan sendiri tidak semestinya aku tidak pernah mengambil peduli tentang semua perkara tentang kau.
jujur aku katakan barang siapa yang berkahwin dengan perasaan EGO maka insan itu adalah seorang yang sangat RUGI

chapter 2:

dia terlalu keras memendam perasaan dengan bersandarkan egois yang terlalu kuat.
sabar aku ada hadnya..tapi kali ini aku paling kerap sabar sebab susah la nak cakap kerana aku terlalu serius bercinta kemudian seperti biasa aku kecewa seorang diri.
biarlah dia mengejar cita2,hebat sedangkan aku terkapai2 mencari kehidupan yang sukar tanpa hati dan perasaan.tutup secara rasmi akaun cinta aku.

mungkin cerita ini tak terlalu dramatik kerana aku sememangnya tiada mood..rindu aku dan sayang aku hanya untuk dia.

OKAY KEPADA SESIAPA YANG BOLEH BUKA HATI AKU CUBALAH SEKIRANYA MAMPU.AKU DISINI MENUNGGU.

yang benar

DIRI SENDIRI:(

Monday, January 24, 2011

bukan lucah ni

ada seorang rakan yang boleh tahan otak dia mengarang sebuah cerita ketika aku sedang sedih.boleh tahan dia ni.tersentap juga aku dia boleh mengarang sebuah cerpen pendek kasi aku baca sampai aku tersentap dan tersengih2 dan terfikir sejenak.nak cerita banyak2 pun takguna nanti korang takboleh nak follow apa aku nak cakap.aku kasi sinopsis saje la janji korang paham apa aku nak kongsi ni.sebelum tu ni AMARAN kepada sesiapa yang mempunyai anak atau sakit jantung diminta tidak membaca post ini.18sg.

situasi:ada seorang pakcik tua tersilap masuk toilet

.dia termasuk ke dalam toilet wanita..wanita2 yangg ada kat dalam tandas semuanya ketakutan dan terkejut(terkasima)..
...
seorang wanita memberanikan diri berkata2:maaf pakcik‘NI UNTUK PEREMPUAN JE PAKCIK’.

dengan mengambil masa sesaat sahaja bersertakan garuan tangan Pakcik tu di kepalanya terus menjawab dan menunjukkan aksi menurunkan seluarnya sambil berkata:

‘NI PUN UNTUK POMPUAN JUGAK’ :P

mana nak cari pakcik yang cool sekarang macam ni??susah siot.ahahhaaha

errr err..apa motif aku cakap pasal benda ni kalau korang mcm tak ikhlas nak gelak kan.
moral of the story :ceria selalu sementara boleh ceria,
senyum selalu selagi ada gigi,=,=
iye la kalau dah tade gigi segan tak segan la nak senyum kan.time tu ada la orang cakap kita sombong.

yang benar
DIRI SENDIRI:)

Wednesday, January 19, 2011



hari manis bersama dia.kenapalah eh kita jadi mcm ni skrang??saya ego ke awak ego lupa ke hari2 kita gembira??
apa pun malam ni terasa tenang melihat awak cukup gembira ketika itu dan saya pun gembira yang ter amat sangat.


ehh jap2 yang pasti ketika aku post bnda ni..keadaan aku tersenyum dan bermurung~~


manja sungguh ketika ini sedang menyaksikan pasukan hoki sekolah sedang berhempas pulas berentap menentang pasukan lawan.


tidak pernah mengukur terhadap kecantikan.cuma hati awak terlalu ikhlas DAHULU.
kini awak pergi..



TINGGAL LAH SAYA SENDIRI TERKAPAI KAPAI MELIHAT AWAK SEDANG GEMBIRA.SAYA HILANG TUJUAN SEHINGGA HARI INI.


TEMAN INI ADALAH SEPERTI SARANG LEBAH..
BUKAN SELALU ADA MADUNYA..
KALAU HARI2 ADA MADUNYA BUKAN CABARAN LA NAMANYA..

yg benar
DIRI SENDIRI:(

Monday, January 17, 2011

setelah lama mengkudungkan semua jari daripada mengupdate benda2 yang pelik aneh dan seangkatan dengannya.pesanan ini bukannya pesanan khidmat masyarakat ataupun iklan komersial berbayar.cuma saya ingin meminta maaf kepada sesiapa yang menyukai diri saya.jikalau sesiapa yang terasa dengan sikap saya,maafkan lah.saya tak bersedia untuk membuka akaun cinta saya lagi.bukan apa,susah sangat la nk buka mata sekarang walaupun ada yang cuba memikat diri ini.sabar eh..ada rezeki ada lah tu~~
saya berbuat seperti malas nk layan bukan apa saya takut kalian nanti dah suka pada saya tetapi saya tak lagi boleh menerima dengan ikhlas.
sakit hati bukan??
so beri saya masa beri saya ruang yang cukup luas untuk orang gemuk seperti saya ni nak lalu..
kalau saya sendiri memutuskan saya suka awak so faham2 la :)
akhir kata,jadilah insan yang berkahwin dengan jati diri,
bukannya berkahwin dengan segala andaian,masalah,kekecewaan ataupun keegoan
kerna itu bukan lagi menjadi pembakar semangat tetapi ia akan menjadi bara kemurungan dalam diri kita sendiri.=)

Saturday, January 8, 2011

alahai abahku

sedang makan dan berborak dengan kawan baik ku abah~
tangan still gatal dan sangap mengupdate blog yg dah lama berulat kerana tak disiram oleh ayat2 aku~
mana taknya busy je.ehemm ehemm start dialog~
abah:ko ada tengok blue tak??pandangan sinis abah.
aku:err errr..tetiba tanya ni kenapa?aduh muka cover sikit opie kau dah la TOKAN~
ckp dalam hati.
tade abah kenapa??tak baik tengok baik buat je terus.
abah:=,='' kau dah gila ke?lagi lah teruk.tunggu kahwin dulu~
baru dapat naik feel.baru maintain sampai tua~
kalau lemah juga apa guna tongkat ali.
aku:HAHAHAHAHA!!!boleh tahan juga bapak aku ni,'dlm hati'.
jangan risau abah saya baik baik je.anak abah la kan.mane tumpahnya kuah kalau tak ke nasi..
abah:okay bgus bgus.baru anak abah.papehal bagitau je kongsi ngn abah.abah dah berpengalaman dah.
aku:okay la abah.sambil mengunyah~ dlm hati malas nak layan~
SAYANG ABAH <3